Fighter

Fighter

Kawan Syurga.


''Kawan kita cakap, the emptiness, hopeless, heartbroken kita yang pilih sebenarnya. Kita tak tenang, rasa macam loser, kosong, mungkin sebab kita cuba menjauhkan diri daripada Allah.
In fact, ada je jalan keluar. Sebab kita ada Allah. Again, kita ada Allah. Don't worry. He knows. He acknowledges. He will provide. Stop, detach ourselves from dunya, because it will breaks our heart apart."
Masya Allah. Deeply touched.

I can't tell about them in here, because each individual I have met has somewhat build the person I am today, and to tell how everyone and each of them influenced me, is something I can't do. Enough to know I cherish them in my heart.
Ukhwah fillah. It means sisterhood for the sake of Allah. Not till death. But till Jannah.
Such countless of nikmah that Allah gives.
Alhamdulillah.

Nur Farah Ahmadi.

Amazing Feeling.

Berjalan pulang dari meeting, saya bergegas menuju ke kedai berhampiran.
Cadangnya nak mencari minuman, kopi atau nescafe.
Tapi bila saya sampai, saya pusing satu kedai sampai langsung terlupa nak beli apa.
Tengah jalan-jalan dalam kedai tu, tiba-tiba ternampak mango pickle kesukaan kawan sebilik saya.
'Eh Mi suka ni..' saya bermonolog dalam hati.
Saya saja ambil, selesai bayar, saya berjalan keluar. Tiba-tiba di pertengahan jalan,
"Ya Allah, aku lupa nak beli nescafe tadi.." Senyum sambil tepuk dahi.
Tapi memandangkan dah di pertengahan jalan, tak apa lah. Saya fikir lain kali saja lah minum. Cadangnya nak minum supaya boleh bertahan nak stay up malam untuk siapkan kerja.
Pegang kunci, buka pintu sempat lagi fikir,
'Ya Allah, bestnya kalau ada nescafe..'
Lepas tu masuk bilik, letak beg, duduk atas katil, baru perasan,
"Ehh?"
Rupa-rupanya kawan sebilik dah belikan nescafe, dan dia letakkan semasa saya pergi meeting. Terkejut saya, rasa macam, ya Allah terharu dan rasa baiknya Allah.
Lepas tu saya masuk bilik kawan saya di sebelah nak berterima kasih dengan dan serahkan mango pickle kesukaannya, tiba-tiba dia sengih..
" Eh farah, lama dah nak makan ni.." Sambil dia senyum girang.
And at the moment, I was speechless.
See?
Masya Allah, walaupun hanya lah sekadar kisah nescafe dan mango pickle, tapi situasi ini memberi kesan di hati saya.
Baiknya Allah.
The Most Merciful, the Most Kind, He knows and sees all things, and He knows what’s in our hearts. Allah never leaves us,
He is the Creator, the Sustainer, the one who holds power over everything that happens in our lives.
A human being may not hear those silent words said, but Allah, above us all hears them. He sees what’s in our hearts, he hears the thoughts unspoken, and he knows exactly how we feel.
To reflect upon, He knows better and truly He is the best planner of all.
Have faith! 

Nur Farah Ahmadi.

Harapan


Pen dilepaskan dari tangan. Buku setebal sejengka ditutup dengan muka surat yang dibuka sebentar tadi ditanda.
Breathe in and breathe out.
"Ya Allah, izinkan aku untuk terus mencintai Ilmu..."
It's the best feeling in the world, knowing that there is Allah, who listens to every du'a, who understand every feelings that we feel, who knows what is best for us, and what is not.
'Sandarkan harapanmu pada yang kekal, kerana Dia masih mampu memberi saat seluruh manusia sudah hilang kemampuannya.'

Nur Farah Ahmadi.

Berdiri


Saya masih ingat bilamana saya bertanya kepada dia bagaimana dia boleh konsisten qiammulail setiap hari.
Saya ingat sangat bila dia jawab,
"Waktu qiam adalah masa untuk mendoakan orang- orang yang disayangi dan sebagai persediaan untuk menghadapi kematian."
Allah. Kagum dengan dia. Tengok dia, kuatnya dia.
Namun cukup tenang dalam setiap langkah.
No wonder.
The du'a made in Tahajud, is like an arrow that doesn't miss its target.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Have faith!

Nur Farah Ahmadi.

Sepanjang Nafas

Teringat kata sang murabbi;
"Hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi sejauh mana 'kepuasan rohani' yang dapat kita rasakan."
Allah..
Bertebarlah dimana mana, selagi talinya kita rasa Allah yang pegang.

Maka, kita takkan hilang tujuan.Dan benarlah perjuangan.


Moga terus subur bumi ini dengan ilmu dan cinta-Nya.
Amin ya Mujib.

Nur Farah Ahmadi.

Permintaan

Kata seorang sahabat ;
"Kita selalu sangat minta dengan Allah nak jadi pelajar cemerlang, dipermudahkan urusan untuk itu dan ini, nak jadi anak soleh, solehah dan banyak lagi.
Tapi kita sering lupa meminta kepada Allah untuk membantu kita meninggalkan maksiat, meminta kekuatan bagi menundukkan pandangan di jalan serta di alam maya.Sebab Habib Ali pernah sebut, mungkin yang menghalang kita dari tahajjud adalah kerana pada siang harinya kita lupa untuk beristighfar setelah memandang benda haram."

Nur Farah Ahmadi.

Ummatul Quran


Saat ini, saya terkenangkan dia.
Seorang adik, sahabat, wanita penghafal Al-Quran itu.
Wajahnya yang redup, tidak lekang dengan senyuman.
Selalu tenang dan jarang marah.
Bila dibacakan ayat Allah.Hatinya mudah tersentuh. Kemana-mana sentiasa dengan tafsir Al -Quran.
Bila ditanya,sengaja,
"kenapa awak tak pernah nampak awak marah"?
Jawabnya "Tak ada sebab pun nak marah, hati kita kan Allah yang pegang, mohon lah pada Allah, walaupun orang menindas kita, yang penting , kita dahulukan Dia, luahkan pada dia, ingat Dia, InsyaAllah tenang, manusia memang tak pernah puas menzalimi orang lain."
Tengok dia, menenangkan jiwa, hatinya dijaga Allah, kerana dia yang denganNya.
Moga kita juga begitu kan?:)
Insha Allah.
Moga Allah bantu.

Nur Farah Ahmadi.

Kekuatan Yang Sebenarnya

Mendengar butir-butir bicara dari sang murobbi pada pagi ini, Al-fadhil Ustaz Noor,
Katanya sungguh menggugah hati,
"Kekuatan seseorang itu datangnya apabila hubungan kita rapat denganNYA.
Bila kita imbas kembali sirah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah meninggalkan qiamullail, mengadu, bermunajat, meluahkan segala-galanya kepada Allah.Kaki baginda sampai bengkak kerana terlalu banyak melakukan ibadah.
Kita bagaimana?
Perjuangan ini memerlukan kekuatan.Bukan sahaja kekuatan jasmani, namun juga kekuatan ruhiyah.
Dekatkan diri kita padaNya,
-Qiamullail.
-Doa.
-Zikrullah.
-Tafakkur.
Nur Farah Ahmadi.

Mutabaah Amal

"Akak, farah nak tanya ni, macam mana akak boleh jadi hebat eh? Boleh balance semua benda. Dengan kerja sebagai doktor dengan dakwah lagi."
Kami bertemu seperti biasa di tempat biasa. Angin bertiup perlahan.
Tenang, setenang melihat wajahnya. Tapi ketika itu dia diam sahaja, tidak langsung menjawab persoalan saya.
Sehinggalah suatu hari itu, saya ikut dia pulang ke apartmentnya. Saat sampai di biliknya baru saya tahu apa rahsianya selama ini.
Bila saya pandang meja belajar/kerjanya. Baru saya faham. Baru saya tahu. Saya pandang lama board di hadapan mejanya.Tengok borang mutabaah amal nya ( kertas untuk kita isi amalan fardhi).
Qiamullail, (solat tahajud, istikharah solat hajat , solat taubat, witir) quran paling kurang 2 muka surat sehari , call mak ayah semua penuh, al mathurat penuh, sedekah, majlis ilmu sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, zikir fatimah, puasa sunat sekurangnya sekali seminggu etc.
Semuanya penuh!
Semua ditanda dengan pen merah dan dihighlight kan dengan highlighter hijau.
Bila saya tengok kertas itu, walaupun saya tahu dia tak pernah tunjukkan kepada orang lain, mungkin itu rahsianya dia sentiasa kelihatan kuat di hadapan orang lain. Sehinggakan saya rasakan betapa Allah sebenarnya telah mengurniakan dia keberkatan masa. Walaupun sibuk, masih mampu menyantuni orang-orang di sekelilingnya.
Dalam kesibukan, katilnya kemas tersusun. Baju-bajunya elok terletak. Walaupun penat , dia pastikan semuanya teratur.
Dia siap tulis di atas mejanya,
" Dear myself, when you do something for Allah's sake and it seems difficult, know that all can be made easy by constantly reminding yourself of who you are doing it for."
Gulp!
Jadi malam itu, saya tidur awal dari dia, ketika saya bangun, ketika itu dalam jam 2 pagi, saya terbangun dan saya nampak dia di hujung sudut sebelah kanan berhampiran almari, dia sujud lama sangat dan ada esak tangis kedengaran.
Ya Allah, terkesan sangat ketika itu! Bergetar hati. Saya hampir menitiskan air mata melihat dia.
She was one of the astonishing and amazing person I have met in my life. I know this lady. Her words touch many hearts. She walks with her head facing down, lowering her gaze. With men, she is the best at guarding her modesty. No man dare to speak to her, except for important matters only. She is so well respected for that.
And I was looking at her everytime I got the chance to,
" Akak, saya harap sangat boleh jadi macam akak... " Pernah saya luahkan kepadanya. Dan dia senyum saja.
Thing is, I came to realize something. People around us, they are amazing and beautiful people are everywhere.There are reasons why Allah send them and make us notice their presence in our lives.
It is now time to explore. Didn't we just say that life is a mystery? Well it is not a mystery until we venture out and start exploring!
By the way, I guess it's not too late to wish 'Happy Doctors' Day' to all the doctors.
May Allah ease the paths ahead. Insya Allah.

Nur Farah Ahmadi.

Lawwamah


Sesak dada dengan ratap rinduan,
Melihat jelma bayang tanpa kau,
Pilu,mangu,resah hatiku menjerit,bibir terbisu,
Kau harus pergi,
Aku harus relai.

Terbanyak muhasabah,
Kata hatiku kan ku rela,
Tapi mengapa mempertikai takdirMu masih bernada?

Tangis tak mampu menghilang resah,
Mengingati semuanya hanya membuat aku rebah,
Bagaimana mungkin untuk aku terus melangkah?

Cintaku pada sang SATU telah ku calar,
Setiap kali ku calar,mohon ampunan,dan ku calarkan semula,
Katanya aku cinta DIA,
Itu hanya dusta.
Tangisku,
Ratapku,
Madahku,
Janjiku,
Dusta semuanya.

Termangu sendiri melayan sepi,
Langit masih disitu,
Laguan cinta masih mendayu,
Kau cintaku masih tetap ku tunggu,
Bersama deraian air mata antara dua cinta.

Aku cintakan kau,
Aku cintakan KAU.

Terbelenggu.

Nabila Al-Khabbab
Oktober 15.