Fighter

Fighter

Mutabaah Amal

"Akak, farah nak tanya ni, macam mana akak boleh jadi hebat eh? Boleh balance semua benda. Dengan kerja sebagai doktor dengan dakwah lagi."
Kami bertemu seperti biasa di tempat biasa. Angin bertiup perlahan.
Tenang, setenang melihat wajahnya. Tapi ketika itu dia diam sahaja, tidak langsung menjawab persoalan saya.
Sehinggalah suatu hari itu, saya ikut dia pulang ke apartmentnya. Saat sampai di biliknya baru saya tahu apa rahsianya selama ini.
Bila saya pandang meja belajar/kerjanya. Baru saya faham. Baru saya tahu. Saya pandang lama board di hadapan mejanya.Tengok borang mutabaah amal nya ( kertas untuk kita isi amalan fardhi).
Qiamullail, (solat tahajud, istikharah solat hajat , solat taubat, witir) quran paling kurang 2 muka surat sehari , call mak ayah semua penuh, al mathurat penuh, sedekah, majlis ilmu sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, zikir fatimah, puasa sunat sekurangnya sekali seminggu etc.
Semuanya penuh!
Semua ditanda dengan pen merah dan dihighlight kan dengan highlighter hijau.
Bila saya tengok kertas itu, walaupun saya tahu dia tak pernah tunjukkan kepada orang lain, mungkin itu rahsianya dia sentiasa kelihatan kuat di hadapan orang lain. Sehinggakan saya rasakan betapa Allah sebenarnya telah mengurniakan dia keberkatan masa. Walaupun sibuk, masih mampu menyantuni orang-orang di sekelilingnya.
Dalam kesibukan, katilnya kemas tersusun. Baju-bajunya elok terletak. Walaupun penat , dia pastikan semuanya teratur.
Dia siap tulis di atas mejanya,
" Dear myself, when you do something for Allah's sake and it seems difficult, know that all can be made easy by constantly reminding yourself of who you are doing it for."
Gulp!
Jadi malam itu, saya tidur awal dari dia, ketika saya bangun, ketika itu dalam jam 2 pagi, saya terbangun dan saya nampak dia di hujung sudut sebelah kanan berhampiran almari, dia sujud lama sangat dan ada esak tangis kedengaran.
Ya Allah, terkesan sangat ketika itu! Bergetar hati. Saya hampir menitiskan air mata melihat dia.
She was one of the astonishing and amazing person I have met in my life. I know this lady. Her words touch many hearts. She walks with her head facing down, lowering her gaze. With men, she is the best at guarding her modesty. No man dare to speak to her, except for important matters only. She is so well respected for that.
And I was looking at her everytime I got the chance to,
" Akak, saya harap sangat boleh jadi macam akak... " Pernah saya luahkan kepadanya. Dan dia senyum saja.
Thing is, I came to realize something. People around us, they are amazing and beautiful people are everywhere.There are reasons why Allah send them and make us notice their presence in our lives.
It is now time to explore. Didn't we just say that life is a mystery? Well it is not a mystery until we venture out and start exploring!
By the way, I guess it's not too late to wish 'Happy Doctors' Day' to all the doctors.
May Allah ease the paths ahead. Insya Allah.

Nur Farah Ahmadi.

No comments:

Post a Comment